Judul : RESIPI MUSHROOM SOUP
link : RESIPI MUSHROOM SOUP
RESIPI MUSHROOM SOUP
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni 19 Februari 2020 bersamaan 25 Jamadilakhir 1441 Hijrah. Hari ni che mat luangkan masa untuk kemaskini blog. Alhamdulillah, diberi sedikit kerajinan di dapur, selalu rasa macam tak berapa nak rajin ajer, tapi takde lah sampai tahap 'malas'. Hari ni nak berkongsi resipi mushroom soup yang biasa dimakan dengan roti bawang putih tu. Mula2 ingat nak guna nama melayu, iaitu sup cendawan. Tapi takut pulak disalah erti, makumlah, orang kita bila sebut sup cendawan, sah2 dia orang ingat menu tumis air yang dimasukkan cendawan. Kiranya mushroom soup ini dalam kategori makanan penjajah. Zaman sekarang ni mesti orang dah biasa makan mushroom soup, yea tak. Che mat buat ni pun sebab nak habiskan stok cendawan dalam peti sejuk, risau kang rosak, dah terbuang. Cendawan pun bukan murah, nak2 cedawan butang..
Kalau tengok pada gambar, mushroom soup che mat kaler dia agak kelabu sikit, mungkin sebab penggunaan cendawan butang warna coklat kemudian che mat campurkan dengan cebdawan tiram dan cendawan enoki? Sebelum ni che mat ada juga buat, tapi guna sepenuhnya cendawan butang putih dan tidak dicampur dengan cendawan lain. Hurmm, tapi rasa dia, memang sedap, berkrim sangat. Lebih terangkat bila dicecah dengan garlic bread. Garlic bread tu che mat guna roti paun tradisional dari Jalan Dhoby, Johor Bahru. Rotinya dibakar dalam sabak atau ketuhar kayu arang. Kalau nak lebih klasik, boleh guna roti perancis. Membuat mushroom soup tidaklah sesusah mana, dan tahap kepekatan terpulang pada selera masing2. sama ada nak pekat atau kurang pekat, Yang prnting, mushroom soup mesti ada rasa cendawannya. Resipi seperti berikut..
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram cendawan butang segar
150 gram cendawan tiram
100 gram cendawan enoki
2 camca besar penuh mentega
1 camca besar minyak zaitun
1 1/2 camca besar tepung gandum
1 kiub pati ayam Maggi
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh cincangan parsley (che mat guna parsley kering)
1 kotak kecil (200 ml) cooking cream
1 biji bawang holland, hiris kasar
2 ulas bawang putih, dihiris
Garam secukup rasa
Secubit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK MUSHROOM SOUP :- Cendawan butang, cendawan tiram dan cendawan enoki dicuci dan toskan. Asingkan 4 - 5 biji cendawan butang dan didadu kecil. Ketepikan, Selebihnya dihiris, cendawan tiram disiat dan cendawan enoki dikerat pendek, ketepikan.
- Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang holland hingga layu, masukkan bawang putih dan masak hingga layu. Tambah cendawan butang yang dihiris dan masak hingga lembut, tambah cendawan tiram dan cendawan enoki. Kacau dan masak hingga lembut. Masukkan tepung gandum, kacau rata dan masa sekejap dengan api kecil, kacau sentiasa.
- Tuang air, kacau dan masukkan kiub ayam. masak hingga mendidih dan cendawan lembut. Matikan api dan biarkan suam. Masukkan ke dalam blender dan kisar halus. Tuang kembali ke dalam periuk, tambah serbuk lada hitam, cendawan butang yang didadu kecil dan kacau rata. Biarkan mendidih perlahan.
- Tuang cooking cream, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula, kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Tambah cincangan parsley, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Siap untuk dihidangkan..
- UNTUK GARIC BREAD :- Gaul bawang putih tumbuk dengan mentega hingga sebati. Sapukan atas setiap kepingan roti. Panggang dalam kuali dengan api perlahan hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Boleh hidangkan dengan mushroom soup. Selamat mencuba!
Demikianlah Artikel RESIPI MUSHROOM SOUP
Sekianlah artikel RESIPI MUSHROOM SOUP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RESIPI MUSHROOM SOUP dengan alamat link https://resepsimbok09.blogspot.com/2020/02/resipi-mushroom-soup.html