RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK

RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK - Hallo sahabat Kumpulan Resep Masak, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK
link : RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK

Baca juga


RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK

Assalammualaikum, salam semua. Che mat mula2 malas juga nak masukkan resipi pulut kuning dan kari ayam kerisik ni kat blog, sebab resipi biasa2 ajer. Pulut kuning tu pun boleh dikatakan semua orang pandai buat, dan resipi kari tu rasanya ada dalam blog ni. Tapi kat IG dan FB, ada juga yang minta che mat kongsikan resipi kedua2 benda ni. Pulut kuning dan kari ayam kerisik ni che mat masak seawal pagi tadi. Kisahnya malam tadi, tiba2 mak che mat cakap, esok buat pulut kuning lah. Bila dah ada pulut kuning, mesti kena ada lauk yang sesuai, kalau tak kari, rendang. Tapi che mat pilih kari ayam kerisik. Pulut tu kita rendam semalaman atau sekurang2nya 6 jam. Pulut sekarang tak macam pulut zaman dulu, kebanyakkannya jenis sekarang, ialah pulut susu. Tak perlu masa yang lama untuk dimasak.  

Kari ayam kerisik pula tak jauh beza dari kari ayam biasa, cuma kita masukkan kerisik. Tapi untuk kali ini che mat gunakan teknik lain sedikit. Biasanya kari ayam kerisik sedikit pekat. Kalau nak cecah pulut kuning, nasi impit atau lemang, kari ayam yang pekat sedikit paling sesuai. Kalau yang cair tu macam tak berapa bess. Che mat guna kurang lebih sekati atau 600+ gram lebih pulut. Dan untuk kari ayam, che mat guna seekor ayam kampung, yang beratnya kurang lebih 1.2 kg. Jadi untuk entri kali ni che mat akan kongsikan 2 resipi, iaitu pulut kuning dan kari ayam kerisik... Jomm kita semak resipi...

RESIPI PULUT KUNING...

BAHAN-BAHANNYA :-)
650 gram pulut
1 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 helai daun pandan
300 ml pati santan
1 1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci pulut, tos dan masukkan ke dalam bekas besar. Tuang air sehingga pulut tenggelam. Masukkan serbuk kunyit, kacau hingga sebati. Tambah asam gelugor dan biarkan pulut berendam semalaman atau sekurang2nya 6 jam. Sekali sekala, kacau pulut tadi agar warna kuningnya sekata. Kemudian toskan.
  2. Panaskan kukusan. Daun pandan dikerat 2 setiap sehelai dan alas dalam kukus. Sementara itu bahagian bawah kukus yang belubang, alas dengan tudung periuk. Pastikan kesemua lubangnya tertutup. Masukkan pulut yang ditoskan tadi, ratakan. Kemdian angkat kukus dan tenggekkan atas kukus bahagian bawah yang ada air mendidih tadi. Masukkan baki2 beras pulut yang ada pada tudung periuk. Tutup kukus dan kukus selama 20 minit dengan api besar.
  3. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas besar. Santan pekat tadi dicampur dengan garam dan kacau sebati. Tuang sedikit demi sedikit dalam pulut yang masih panas tadi sambil digaul hingga rata. Alihkan kembali pulut ke dalam kukusan, buat beberapa lubang pada pulut dan sambung kukus hingga pulut masak, kurang lebih 15 - 20 minit lagi. Gaul rata dan boleh matika api. Boleh hidangkan dengan kari ayam kerisik...

RESIPI KARI AYAM KERISIK....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, kurang lebih 1.2 kg (che mat guna ayam kampung), dikerat ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 -4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap 1 dan direndam
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca penuh sos cili
3 camca besar rempah kari daging Baba's
1/2 camca besar pes asam jawa
1 cawan pati santan
2 camca besar penuh kerisik
1 kiub ayam (optional)
1 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
4 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT :-)
5 biji bawang merah kecik, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/2 cawan. Masukkan rempah tumis dan cili kisar. Kacau rata dan masak hingga cili garing. Sementara itu, satukan bahan2 kisar halus dengan remah kari, kacau hingga menjadi pes rempah. Masukkan pes rempah ke dalam periuk, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Tambah pes asam jawa dan masukkan sos cili, kacau rata.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah kentang (toskan dulu air rendamannya). Masak sekejap dan boleh tuang air hingga ayam tenggelam. Masukkan kiub pati ayam (jika guna) dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga kentang dan ayam empuk. Tambah sedikit air panas jika kuah berkurangan.
  3. Tuang pati santan, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil dan kacau kacau sentiasa agar santan tidak pecah, matikan api. Sementara itu panaskan 4 camca besar minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis darat dan masak hingga kesemuanya keperangan. Kemudian tuangkan ke dalam periuk berisi kari ayam tadi, tuang dengan minyak2nya sekali. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan 20 minit, agar aroma bawang dan daun kari tadi meresap ke dalam kari. Boleh hidangkan dengan pulut kuning. Selamat mencuba!


Demikianlah Artikel RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK

Sekianlah artikel RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RESIPI PULUT KUNING DAN KARI AYAM KERISIK dengan alamat link https://resepsimbok09.blogspot.com/2020/03/resipi-pulut-kuning-dan-kari-ayam.html