RESIPI KUIH GETAS

RESIPI KUIH GETAS - Hallo sahabat Kumpulan Resep Masak, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RESIPI KUIH GETAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RESIPI KUIH GETAS
link : RESIPI KUIH GETAS

Baca juga


RESIPI KUIH GETAS

Assalammualaikum, salam semua dan selamat petang. Hari ni che mat mencuba sejenis kuih tradisional yang begitu senang dibuat dan tidak menggunakan bahan2 yang banyak. Rupa dia seakan2 jemput2 tapi bukan jemput2. Kuih yang dikenali dengan nama kuih getas atau ada yang panggil kuih getas-getas ini popular di menjelmanya bulan Ramadan. Tidak dapat dipastikan dari mana asal usul kuih getas ini, sama ada dibawa masuk dari tanah seberang atau ia memang sejenis kuih tradisi masyarakat Melayu. Membuatnya amat mudah dan hanya memerlukan 4 - 5 bahan sahaja, dan bahan seterusnya ialah gula yang digunakan untuk menyira kuih getas tadi. Che mat kurang gemar kuih getas yang disira, tapi lebih suka yang togel macam tu saja dan dicecah sambal tumis, Tapi untuk entri blog ni, che mat sra 1/2 bahagian. Kata teman2 di FB, kalau tak sira bukan kuih getas namanya. Betul juga kan secara amnya kuih getas memang bersira gula.  Resipi che mat ambil dari internet, dan rasanya banyak juga dikongsikan samada di FB, IG atau Blog. Sebagai panduan untuk diri sendiri dan mereka yang memerlukannya, che mat kongsikan resipi kuih getas di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung pulut
1 senduk tepung gandum (kurang lebih 3 camca besar penuh)
1/2 biji kelapa parut putih (kurang lebih 1 cawan)
1 camca teh rata garam
Air secukupnya (kurang lebih 1 cawan )
Minyak untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK SIRA :-)
4 - 5 camca besar penuh gula pasir
1/4 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam, gaul hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambi digaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk. Secawan air tadi mungkin tidak habis digunakan. Ketepikan doh.
  2. Siapkan dulang, tabur sedikit tepung hingga rata. Ambil sedikit doh tadi, anggaran 3/4 camca besar. Bulat2kan dan bentukkan bujur. Tekan sedikit biar leper dan susun dalam dulang yang telah ditabur dengan tepung. Buat hingga siap. Panaskan minyak dan goreng kuih getas hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  3. UNTUK MENYIRA KUIH GETAS :- Dalam kuali yang sama, keluarkan kesemua minyak. Masukkan air dan daun pandan, masak hingga mendidih. Masukkan gula, kacau dan masak hingga  berbuih dan pekat, masak dengan api sederhana. Masukkan kuih getas tadi dan gaul rata. Kecilkan api, terus memasak hingga gula kering dan bersalut pada kuih. Matikan api dan biar kuih sejuk. Boleh hidangkan. Selamat mencuba!


Demikianlah Artikel RESIPI KUIH GETAS

Sekianlah artikel RESIPI KUIH GETAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RESIPI KUIH GETAS dengan alamat link https://resepsimbok09.blogspot.com/2020/04/resipi-kuih-getas.html